PENGENALAN
Projek Pusat Semaian merupakan salah satu projek LAKSANA yang berimpak tinggi di bawah program Inisiatif Dana Jaminan Keselamatan Makanan, Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).
TADC SEBAGAI BADAN PELAKSANA
Projek ini diamanahkan kepada TADC sebagai badan pelaksana dalam menghasilkan varieti anak pokok buah-buahan tempatan yang mempunyai permintaan tinggi.
PENGOPERASIAN PUSAT SEMAIAN KG PAK KANCIL
Pusat Semaian Kg. Pak Kancil, Setiu telah mula beroperasi pada 9 Januari 2022. Pusat Semaian tersebut telah dirasmikan oleh YB. Dr. Azman bin Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu pada 25 Januari 2022.
Artikel berkaitan: Majlis Perasmian Pusat Semaian TADC, Kg. Pak Kancil
![]() |
![]() |
Untuk permulaan, Projek Pusat Semaian ini berfokuskan kepada 9 jenis tanaman iaitu:
- Durian
- Mangga
- Rambutan
- Nangka
- Cempedak
- Ciku
- Duku
- Jambu batu
- Durian Belanda
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
INFO PROJEK
- Projek ini melibatkan usahasama pihak komuniti setempat dalam membekalkan pokok penanti buah-buahan kepada pihak TADC.
- Anak pokok akan dicantum oleh pencantum mahir bagi mendapatkan anak benih tanaman yang menyerupai pokok induk yang tahan penyakit serta mampu mengeluarkan hasil buah yang tinggi dalam tempoh yang singkat.
- Projek ini dapat menjamin bekalan anak benih tanaman yang berkualiti dan konsisten sepanjang masa.
- Membuka peluang perniagaan dan meningkatkan pendapatan penduduk setempat.
- Bertujuan untuk mengalakkan lebih banyak penyertaan daripada masyarakat untuk mengusahakan produk pertanian.
SKIM PENGESAHAN BAHAN TANAMAN (SPBT)
Setiap anak pokok buah-buahan akan didaftarkan di bawah Skim Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT) bagi mengesahkan ketulenan klon dan secara tidak langsung menjadikan Pusat Semaian TADC sebagai pengeluar anak pokok yang tulen dan diperakui oleh Jabatan Pertanian.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Bagi yang berminat untuk membuat tempahan boleh menghubungi Bahagian Pemasaran TADC Encik Hazeli (011-1799 2564) / Cik Hazirah (016-951 4958)










