Berita

Majlis Perasmian Pusat Semaian TADC, Kg. Pak Kancil, Setiu

Majlis Perasmian Pusat Semaian TADC, Kg. Pak Kancil, Setiu

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

25 JANUARI 2022 | KG. PAK KANCIL, SETIU, TERENGGANU

Telah berlangsung Majlis Perasmian Pusat Semaian TADC di Kg. Pak Kancil, Setiu, Terengganu. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dr Azman bin Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu.

Projek Pusat Semaian merupakan salah satu projek LAKSANA yang berimpak tinggi di bawah program Inisitiatif Dana Jaminan Keselamatan Makanan, Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN). Projek ini diamanahkan kepada TADC sebagai badan pelaksana dalam menghasilkan varieti anak pokok buah-buahan tempatan yang mempunyai permintaan tinggi.

Pusat Semaian Kg. Pak Kancil, Setiu telah mula beroperasi pada 9 Januari 2022. Untuk permulaan, Projek Pusat Semaian ini berfokuskan kepada 9 jenis tanaman iaitu:

  • Durian
  • Mangga
  • Rambutan
  • Nangka
  • Cempedak
  • Ciku
  • Duku
  • Jambu batu
  • Durian Belanda

TADC telah mula membuka tempahan bagi anak-anak pokok buah-buahan tersebut. Bagi yang berminat untuk membuat tempahan boleh menghubungi kami di talian 09-6221280 (Pejabat HQ). 

Setiap anak pokok buah-buahan akan didaftarkan di bawah Skim Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT) bagi mengesahkan ketulenan klon dan secara tidak langsung menjadikan Pusat Semaian TADC sebagai pengeluar anak pokok yang tulen dan diperakui oleh Jabatan Pertanian.

 Artikel berkaitan: Pusat Semaian TADC

Hubungi Kami

TERENGGANU AGROTECH
DEVELOPMENT CORP SDN. BHD.
Tingkat 9, Menara PMINT, Jalan Sultan Ismail, 20200, Kuala Terengganu
Tel: 09-6221280 / 09-6225187
Fax: 09-6313395
E-mail: admin@tadc.my

Lawati Kami Di Sosial Media

Jumlah Pelawat

243495
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah
99
219
470
241957
4387
4895
243495

Search