- Projek Ladang Induk Pengganda Kambing Tenusu merupakan salah satu projek LAKSANA yang berimpak tinggi di bawah program Inisiatif Dana Jaminan Keselamatan Makanan, Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).
- Projek ini dibangunkan di atas tanah seluas 50 ekar milik Ladang Veterinar Bari, Kg. Bari Besar, Setiu, Terengganu dan memfokuskan kepada penternakan 200 ekor kambing tenusu baka Saanen.
- Seramai 6 orang usahawan telah dipilih oleh Pejabat Daerah Setiu sebagai perintis pembangunan usahawan kambing tenusu.
- Melalui projek ini, TADC mampu mengeluarkan bekalan induk yang berkualiti tinggi dan bebas dari penyakit.
![]() |
![]() |
![]() |




