PENGENALAN
- Kerajaan Negeri Terengganu menubuhkan Jawatankuasa Task Force Pemulihan Tanah Terbiar Negeri Terengganu bagi mengenalpasti tanah terbiar dan pemilikan individu/syarikat di setiap daerah yang melebihi 0.4 hektar dalam satu kawasan.
- Jawantankuasa tersebut juga bertanggungjawab untuk mengenalpasti punca dan faktor yang menyumbang kepada tanah-tanah tersebut terbiar dan tidak diusahakan.
APA ITU TANAH TERBIAR?
- Tanah darat atau tanah sawah.
- Berkeluasan minima 0.4 hektar ke atas sama ada bersambungan atau bertaburan.
- Tanah milik yang tidak diusahakan selama tiga (3) tahun berturut-turut.
Tanah terbiar merangkumi 3 jenis:
- Tanah sawah
- Tanah bris
- Tanah darat
RANCANGAN PEMULIHAN TANAH TERBIAR RTB (RANCANGAN TANAH BERKELOMPOK)
A. RTB KG RAHMAT TAMBAHAN
- Terletak di Kg. Rahmat Tambahan, Setiu.
- Berkeluasan 246 hektar.
- Terbahagi kepada 340 lot tanah.
- Setiap lot berkeluasan 0.72 ekar.
- Tanaman: Durian Musang King
Kelebihan Durian Musang King:
- Ia berbentuk bujur, isi yang tebal kekuningan, mempunyai rasa manis berlemak, serta biji yang kecil.
- Sesuai ditanam di tanah gembur berpasir dengan sistem saliran yang baik.
- Mampu mengeluarkan 50 biji buah bagi sepokok serta mampu mencecah harga sehingga RM35/kg.

Gambar: Projek Penanaman Durian Musang King di Kg Rahmat Tambahan
B. RTB PENGKALAN AMAN
- Terletak di Kg. Pengkalan Aman, Setiu.
- Berkeluasan 261 hektar.
- Terbahagi kepada 2 fasa iaitu 1A : 24 Lot, 1B : 43 Lot
- Terbahagi kepada 461 lot tanah.
- Setiap lot berkeluasan 1.5 ekar.
- Tanaman: Harum Manis Terengganu
Kelebihan Harum Manis Terengganu:
- Mempunyai kadar kemanisan yang tinggi.
- Ia kaya dengan vitamin A yang baik untuk kesihatan mata, tubuh badan serta anti-penuaan.
- Sesuai ditanam di tanah bris.


