Pada tahun 2013, TADC telah mengusahakan projek tanaman rumput Napier atau nama saintifiknya ‘Pennisetum Purpureum’ bagi tujuan membekalkan keperluan makanan ternakan kepada penternak-penternak ruminan Negeri Terengganu.
Projek tanaman rumput berkenaan dijalankan di Kampung Kuala Ping, Hulu Terengganu dengan keluasan tanaman 60 ekar yang mampu mengeluarkan hasil pengeluaran sebanyak 6,480 matrik tan dalam tempoh setahun.
TADC meluaskan penggunaan rumput Napier dengan membuat nilai tambah bagi menghasilkan produk silaj (rumput peram).
Silaj merupakan bahan makanan ternakan hasil daripada proses pemeraman foder basah atau bahan sampingan pertanian yang disimpan di tempat kedap udara.
Kelebihan Silaj:
- Membantu pertumbuhan tumbesaran ternakan
- Mendorong penghasilan susu
- Membantu proses pencernaan yang baik
- Membantu menambahkan zat tenaga
- Meningkatkan kadar pemakanan ternakan
- Tahan lebih lama
Ramuan Silaj:
Rumput Napier, Molases, Effective Microorganisme (EM)
Fakta Nutrisi Silaj:
Bahan Kering : 17.4%
Protein Kasar : 6.7%
Lemak Kasar : 2.1%
Gentian Kasar : 36.7%
Jumlah Abu : 10.8%
Nilai pH : 4.0
Lokasi Alamat Ladang Napier:
No. Lot 3141
Kawasan Ragutan Kuala Ping,
Mukim Hulu Telemong,
21700 Hulu Terengganu, Terengganu.
Keluasan Kawasan:
24.15 hektar
Untuk pertanyaan, sila hubungi Bahagian Jualan dan Pemasaran Rumput Peram (Silaj) TADC di talian Encik Razak (011-3396 7210) Cik Hazirah (016-951 4958)


