FESTIVAL RIUH KUMPULAN PMINT 2023 yang berlangsung pada 21 hingga 23 Disember 2023 telah berjaya menarik hampir 20,000 orang pengunjung.
Festival tersebut dimulakan dengan Majlis Perasmian yang disempurnakan oleh YBM Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu pada tengahari khamis, 21 Disember 2023.
Festival yang julung-julung kalinya diadakan melibatkan sembilan buah Anak Syarikat Kumpulan PMINT iaitu Pertima, Permint Mineral, Permint Granite, TADC, Taman Tamadun Islam, Cas Ligas, P-EXCELL, PMINT Urus dan Paya Bunga HOTEL adalah bertujuan untuk memperkenalkan lebih dekat berkaitan, fungsi, peranan serta produk kepada masyarakat setempat.
Pelbagai acara menarik yang telah disusun antaranya Pertandingan Hot Wheels, Pertandingan Mewarna, Pertandingan Busana, Pertandingan Bintang Kecil, MonsoonFun Walk, Bicara Murabbi, Foodtruck dan Pesta Makan. bagi meriuhkan suasana di tengah bandar dan ianya pasti akan menjadi tumpuan para pengunjung.
Pada hari terakhir festival (23 Disember 2023) telah dilangsung Majlis Penutup Festival Riuh Kumpulan PMINT 2023 yang disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato' Haji Wan Adnan bin Wan Derahman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT. Pada majlis tersebut Y.Bhg. Dato' memaklumkan dengan sambutan yang diberikan pada kali ini, insya Allah Faetival ini akan dilangsung lagi pada tahun hadapan. Yang pastinya tarikh festival tersebut akan diawalkan.
Pada acara penutup tersebut, Puan Azizah binti Muhamad dari Kg. Paya Datu, Manir telah berjaya memenangi hadiah utama festival iaitu RM10,000.00.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan festival kali ini.

