Majlis Perhimpunan Tahun Baru 2023 PMINT
11 Januari 2023 | Camelia Ballroom PB Hotel Kuala Terengganu
Terengganu Agrotech Development Corp Sdn Bhd telah menerima penganugerahan "MOST DETERMINED COMPANY YEAR 2022" oleh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) sempena Majlis Perhimpunan Tahun Baru 2023 PMINT. Anugerah ini disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tuan Haji Wan Adnan bin Wan Derahman.
Majlis ini dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tuan Haji Wan Adnan bin Wan Derahman, Ketua Pegawai Operasi Tuan Haji Azmal bin Azaddin, Ketua Pegawai Korporat, En. Mohd Anwar bin Abdullah, Pengurusan Syarikat Anak dan seluruh warga kerja PMINT.
Dalam majlis ini juga Tuan Haji Wan Adnan bin Wan Derahman telah menyampaikan Perutusan Tahun Baru. Dalam ucapan tersebut, beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga kerja PMINT atas komitmen, keazaman dan kerja keras dalam melaksanakan tugasan dan mengharumkan nama PMINT sepanjang tahun 2022. Pada akhir ucapan perutusan, beliau berharap seluruh warga kerja Kumpulan PMINT dapat meningkatkan semangat kezaman dalam membawa PMINT ke satu tahap yang lebih baik.

