Pertandingan Beca Berhias

Pertandingan Beca Berhias

 
Cas Ligas Sdn. Bhd., Anak Syarikat Kumpulan PMINT telah dinobatkan sebagai juara Pertandingan Beca Berhias sempena Sambutan Ulang Tahun ke-62 Hari Keputeraan DYMM Sultan Terengganu pada 7 Jun 2024 di Dataran Jambatan Angkat, Kuala Terengganu.
 
Pada majlis tersebut, Cas Ligas Sdn. Bhd. telah membawa pulang hadiah bernilai RM5,000, piala dan sijil pernyertaan. Manakala Anak Syarikat Kumpulan PMINT yang lain iaitu PB Hotel Management Sdn. Bhd. dan TTi Management Sdn. Bhd. yang turut menyertai pertandingan ini telah mendapat hadiah saguhati bernilai RM700 dan sijil penyertaan. Tempat Kedua dimenangi oleh EPIC dan Tempat Ketiga diraih oleh TDM.
Sebanyak 16 buah beca berhias yang bertanding mewakili sebahagian Badan Korporat dan agensi yang terdapat di Negeri Terengganu.
 
Selain itu juga, Pejabat Tanah & Daerah Kemaman mengekalkan kemenangan dalam Pertandingan Kenderaan Berhias dengan membawa pulang RM20,000, piala dan sijil penyertaan. Tempat Kedua dimenangi oleh Pejabat Tanah & Daerah Besut dan Tempat Ketiga diraih oleh Pejabat Tanah & Daerah Kuala Nerus.
 
Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah memberikan komitmen secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Pertandingan Beca Berhias bagi pasukan Anak Syarikat Kumpulan PMINT.
 

Date

09 Jun 2024

Tags

Aktiviti TADC

Hubungi Kami

TERENGGANU AGROTECH
DEVELOPMENT CORP SDN. BHD.
Tingkat 9, Menara PMINT, Jalan Sultan Ismail, 20200, Kuala Terengganu
Tel: 09-6221280 / 09-6225187
Fax: 09-6313395
E-mail: admin@tadc.my

Lawati Kami Di Sosial Media

Jumlah Pelawat

243527
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah
131
219
502
241957
4419
4895
243527

Search