Berita

Majlis Menandatangani Perjanjian Projek Rimbunan Kasih Rantau Abang, Dungun, Terengganu, di antara Jabatan Pertanian Negeri Terengganu, Terengganu Agrotech Development Corp. Sdn. Bhd. (TADC), dan MCT Agriculture Sdn. Bhd. (MCTA).

Majlis Menandatangani Perjanjian Projek Rimbunan Kasih Rantau Abang, Dungun, Terengganu, di antara Jabatan Pertanian Negeri Terengganu, Terengganu Agrotech Development Corp. Sdn. Bhd. (TADC), dan MCT Agriculture Sdn. Bhd. (MCTA).

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

28 November 2023 | Tingkat 6, Wisma Darul Iman.

Majlis Menandatangani Perjanjian Projek Rimbunan Kasih Rantau Abang, Dungun, Terengganu, di antara Jabatan Pertanian Negeri Terengganu, Terengganu Agrotech Development Corp. Sdn. Bhd. (TADC), dan MCT Agriculture Sdn. Bhd. (MCTA). telah diadakan pada 28 November 2023 bertempat di Tingkat 6, Wisma Darul Iman. Majlis ini turut dihadiri oleh Yang Berhormat Dr. Azman bin Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri Terengganu, merangkap Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Terengganu Agrotech Development Corp Sdn. Bhd, Dato’ Zulkepli Amin bin Jusoh@Yusof, Pengarah Pertanian Negeri Terengganu, Dato’ Tun Ahmad Faisal bin Tun Abdul Razak, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Encik Jusman bin Ibrahim, Pegawai Daerah Dungun, Tuan Haji Azhar@Wahab bin Jusoh, Pengurus Besar TADC serta Encik Mohd Suhaimi bin Mohd Shukeri, Pengarah MCT Agriculture. 

LATAR BELAKANG PROJEK RIMBUNAN KASIH RANTAU ABANG:

Projek Rimbunan Kasih Rantau Abang merupakan salah satu projek pertanian di bawah Jabatan Perdana Menteri yang dipertanggungjawabkan kepada Iris Corporation Sdn. Bhd. (Iris) di atas tanah seluas 22.8 hektar dengan kemudahan 100 unit kediaman, 26 unit sistem perlindungan hujan, dan 400 unit tangki perikanan. Projek ini bermula pada tahun 2015 dan telah ditamatkan pengoperasiannya pada tahun 2018. Projek ini telah dipulihkan semula oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2020.

Satu Jawatankuasa Khas Rimbunan Kaseh telah diwujudkan pada tahun 2020. Melalui Jawatankuasa ini, Terengganu Agrotech Development Corp Sdn. Bhd. (TADC) telah dilantik sebagai operator untuk mengoperasikan projek pertanian di sini.

Terengganu Agrotech Development Corp. Sdn. Bhd. telah berkolaborasi dengan syarikat swasta iaitu MCT Agriculture Sdn. Bhd. dalam pembangunan sektor pertanian. Bagi Fasa pertama, projek tanaman Melon Manis Terengganu (MMT) secara fertigasi telah dibangunkan. Sebanyak RM3 juta telah dibelanjakan untuk membaikpulih semula semua fasiliti di tapak.

Untuk rekod, pengeluaran MMT yang berjaya dihasilkan adalah sebanyak 15mt/bulan. Seramai 25 pekerja tempatan terutama penduduk Dungun telah diambil bekerja dengan pendapatan sebanyak RM2,400/bulan. Projek ini akan diperluaskan ke Fasa kedua dengan membangunkan sistem IoT. Pelaksanaan Fasa 2 dengan nilai pelaburan sebanyak RM33 juta ini akan membuka 60 peluang pekerjaan kepada penduduk merangkumi pelbagai peringkat bermula 2023 sehingga 2043. 

Ladang ini juga telah mendapat pensijilan myGAP pada tahun 2021. Hasil pengeluaran dengan jenama Farmego ini juga dieksport ke Singapura dan Hong Kong.

 

 

 

 

Hubungi Kami

TERENGGANU AGROTECH
DEVELOPMENT CORP SDN. BHD.
Tingkat 9, Menara PMINT, Jalan Sultan Ismail, 20200, Kuala Terengganu
Tel: 09-6221280 / 09-6225187
Fax: 09-6313395
E-mail: admin@tadc.my

Lawati Kami Di Sosial Media

Jumlah Pelawat

243457
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah
61
219
432
241957
4349
4895
243457

Search